Tangan Digigit Lipas Ketika Tidur Kerana Tidak Menjaga Kebersihan

Tangan Digigit Lipas Ketika Tidur Kerana Tidak Menjaga Kebersihan


Seorang wanita berkongsi gambar tangannya yang mengalami kesan-kesan gigitan yang dipercayai digigit oleh lipas ketika tidur. Menurut laporan Ettoday, wanita itu mengambil pil tidur pada malam kejadian dan langsung tidak merasa anggota badannya digigit oleh lipas. Keesokkan paginya, apabila dia bangun dan mendapatkan tangannya penuh dengan kesan-kesan gigitan. Anehnya, hanya dia seorang sahaja dalam keluarga yang digigit serangga itu.

Wanita itu kemudian pergi mendapatkan rawatan dan doktor memaklumkan mungkin di tangannya pada malam kejadian ada kesan makanan. Walaupun lipas adlaam omnivor dan makan makanan organik serta lebih menggemari gula-gula, daging dan sebagainya, ia juga tertarik dengan tempat-tempat yang tidak bersih atau kotor.

Wanita itu kemudian diberitahu bahawa lipas itu menggigitnya kerana dia tidak menjaga kebersihan diri. Lipas sememangnya boleh menggigit manusia sekiranya serangga itu terlalu lapar terutamanya ketika mangsanya sedang tidur.

Sumber : EtToday | World of Buzz | TR
Cara Elak Serangan Angin Ahmar

Cara Elak Serangan Angin Ahmar


Dulu wajahnya sering muncul di televisyen menerusi rancangan 999. Tetapi, sejak diserang strok, bekas wartawan dan pengacara, Mazidul Akmal Sidek, 49, terpaksa melupakan terus dunia penyiaran.

Sejak disahkan menghidap strok tiga tahun lalu, dia menghabiskan masa di kerusi roda malah pernah disahkan doktor sebagai hilang keupayaan kekal. Namun, berkat semangat kental untuk kembali normal dari terlantar, kini Mazidul mampu duduk di atas kerusi roda dan kembali bertutur walaupun ingatannya sedikit lemah.

Bercerita sebagai pesakit strok, isterinya, Khairul Fazlin Kamarudin sentiasa di sisi memainkan peranan penting supaya Mazidul terus kuat dan positif. Dalam temubual itu juga, Fazlin yang mewakili Mazidul berkata, pada awalnya mereka sekeluarga sukar menerima kenyataan suaminya bukan lagi individu yang dahulu, malah terpaksa dibantu sepenuhnya bagi menguruskan hidup.

“Suami saya seorang yang kuat bekerja malah jika demam sedikit pun tidak dipedulikan. Tetapi tiba-tiba dia diserang strok tanpa mampu melakukan apa-apa.

“Sedihnya hanya Allah yang tahu. Ketika dia terlantar, setiap hari dia minta saya menyiapkan kelengkapan kameranya untuk bersiaran di televisyen dan setiap hari juga saya perlu mengingatkan bahawa dia sedang sakit.

“Ketika saya mengingatkan, dia hanya diam dan murung tetapi saya tidak mahu dia menjadi seperti itu. Saya tidak tahu bagaimana untuk menguruskan emosinya ketika itu, saya hanya mampu memarahinya, tetapi bukan bermaksud tidak sayang.

“Saya hanya mahu dia berpijak di alam realiti. Saya mahu kembalikan semangatnya supaya positif dengan kehidupan kini dan menganggapnya sebagai satu cabaran yang perlu ditempuh,” katanya ketika ditemui sempena kempen The Morning Hype anjuran Pfizer baru-baru ini.

Meskipun agak mengambil masa untuk menerima kenyataan, Fazlin bersyukur akhirnya Mazidul mampu menerima kenyataan hidup malah secara perlahan-lahan, proses pemulihannya berjalan lancar.

“Dahulu dia langsung tidak boleh duduk, hanya terbaring di katil dan mengangkat sebelah tangan, namun selepas setahun, dia kini sudah boleh bertutur dan mampu duduk di atas kerusi roda,” katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Hipertensi Malaysia (MSH), Prof Datin Dr Chia Yook Chin menjelaskan penyakit strok adalah masalah global, namun jumlah penghidap tekanan darah tinggi yang besar di Asia, menyebabkan penyakit ini lebih serius untuk ditangani.

“Terdapat dua jenis strok yang boleh berlaku iaitu strok iskemia, yang disebabkan oleh sekatan pada aliran darah (salur darah tersumbat) dan strok berdarah, yang menyerang apabila berlaku pendarahan dalam salur darah (salur darah pecah).

“Strok boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran dan memerlukan rawatan segera. Antara gejala strok seperti muka berubah, tangan atau kaki berasa lemah, sukar bercakap, Penglihatan kabur, hilang keseimbangan dan pening.

“Ada juga individu yang terus mengalami lumpuh sebelah badan sama ada di sebelah kanan atau kiri, namun tidak semua jenis strok menyebabkan lumpuh kerana gangguan saraf berlaku jauh dari bahagian otak yang mengawal pergerakan,” katanya.

Setiap tahun, lebih 17 juta orang di seluruh dunia pernah berdepan penyakit strok dan daripada jumlah itu, enam juta orang telah meninggal dunia dan lima juta orang lagi hilang upaya.

Di Malaysia, penyakit strok ialah penyakit kedua yang menyumbang kepada kes kematian. Ia berlaku disebabkan aliran darah ke otak tersekat, yang mana otak sama seperti organ lain memerlukan oksigen untuk berfungsi.Apabila sel otak tidak mendapat oksigen yang secukupnya, ia boleh menjadi rosak.

Menurut Chia, 80 peratus daripadanya boleh dicegah jika menyedari simptom yang berlaku lebih awal dan mengelak daripada risiko strok akibat tekanan darah yang berkait rapat dengan kerosakan arteri.

Langkah pertama dalam menguruskan lonjakan tekanan darah pada waktu pagi adalah melalui pemantauan tekanan darah yang tetap di rumah untuk mengurangkan risiko strok.

Katanya, 30.3 peratus daripada orang dewasa berumur 18 tahun ke atas mempunyai masalah darah tinggi. Paling membimbangkan, lonjakan tekanan darah tinggi pada waktu pagi iaitu lebih daripada 135/85 mmHG yang berlaku pada pukul 6 pagi sehingga tengah hari.

“Selain mengawal tekanan darah, individu juga digalakkan supaya berhenti merokok, mengamalkan gaya hidup yang aktif dan sihat,menurunkan kolestrol, mengawal kandungan gula dalam badan dan mengurangkan pengambilan alkohol,” katanya.

Penulis : Hidayatul Akmal Ahmad
Effective Home Remedies for Food Allergy

Effective Home Remedies for Food Allergy


The allergic reaction caused due to an intake of certain food items is known as a food allergy. This may be a result of the immune system producing antibodies in response to the foreign substance. It varies from one individual to another, but the most common types of allergy-triggering food items are wheat, peanuts, shellfish, meat, prawn, sugar, and gluten. Some of the symptoms of food allergy may include rashes, nausea, irritation, sneezing, and fever.

There are several home remedies for food allergy which have been tried by many people since a very long time. Some of the popular home remedies are:

1. Banana

is considered to be one of the most effective home remedies for allergy. It helps in preventing and curing symptoms such as stomach pain and skin rashes. Therefore make it a daily habit of consuming bananas.

2. It is very helpful in taking four to five days of juice fast on regular basis in order to restore normal immune system functioning.

This will result in helping your body to create tolerance to the allergen and regulate the system.

3. Castor oil

Is also very helpful in treating food allergies. All you need to do is take half a cup of water and add five drops of castor oil in it. Drink this solution on empty stomach every morning.

4. Take a glass of lukewarm water and squeeze half a lime in it.

Now add one teaspoon of honey and mix properly. Drink this mixture every morning for several months. This procedure is very helpful in flushing the toxins out of the system.

5. Vitamin E is also an effective home remedy.

It is known to have anti-allergen properties and can be very beneficial in providing relief to a person suffering from food allergy.

6. Acupuncture

Helps in restoring the natural balance of the body and treating symptoms caused by food allergy. It is a very safe remedy because it does not have any side effects. This procedure basically involves the acupuncturist placing thin sterile needles on specific points.

7. Yoga

Has also proved to very effective in treating certain allergy symptoms. Some of the important yoga asanas like the yoga mudra shoulder stand pose and half spinal twist pose is very helpful in treating allergies.

8. Every morning drink the juice of carrot juice mixed with beet or cucumber juice to prevent food allergies.

It is one of the efficient home remedies for food allergy.

9. Eggs

Can cause severe allergic reactions in some individuals. Avoid eating half boiled eggs since it can cause an allergic reaction. Allergen present is the egg can be destroyed by cooking the egg completely.

10. Milk

Can also cause allergy in certain people due to whey and casein present in it. Therefore it is better to consume pasteurized milk.

11. Try to avoid alcohol consumption.

Do not drink cola, tea or coffee. Preserved food products and bakery products should also be eliminated from the diet.

12. Peanuts

Can cause dangerous allergic reaction. It can cause respiratory problems which can cause dire consequences in some individuals. Therefore eat roasted peanuts only.
These were some of the effective home remedies for food allergy which are simple, cost-effective and easy to use.
The Truth About Stretch Marks

The Truth About Stretch Marks


Stretch Marks also know as Striae are silvery white bands of scar tissue that strip the skin in areas where growth has to outpace the skin’s ability to stretch.  Areas particularly prone to scarring are the hips, thighs, lower belly, and breasts.

The elastic fiber in him deeper layers of skin stretch and snap, much like a rubber band, says Jessica Wu, MD, a board-certified dermatologist in LA and the author of Feed Your Face.  “The surface of the skin gets thin and ripped, resulting in stretch mark.”

The Cause: Any number of triggers can result in the squiggly lines, including a growth spurt, rapid weight gain or loss, body building and pregnancy.  Also, those using cortisone cream and steroid pills are at red because steroids break down connective tissue of the skin.

While we know that we can  help prevent these from occurring if we maintain a healthy weight and avoiding rapid weight gain/loss, we can also try using other preventive actions:

1. Dab a retinoid cream like Renova on the area.

It will help generate new collagen and blend existing stretch marks with the rest of your skin. An over-the-counter retinol—though weaker than its prescription counterpart—can help minimize newer stretch marks and prevent them from becoming worse.

2.  Use creams with vitamin E

Unfortunately, research doesn’t support the age-old cocoa butter myth. But a study in The Cochrane Database of Systematic Reviews found that pregnant women who used a cream with vitamin E had fewer marks than those who didn’t.

3. Healthy Diet

You’re probably already eating healthy, balanced meals to make sure your baby is getting enough vitamins and nutrients. Incorporating foods that are especially beneficial for the health of your skin can improve your skin’s elasticity, which helps prevent stretch marks from forming. Add the following foods to your daily diet: 

-Foods rich in antioxidants, which help nourish and protect skin. Eat plenty of spinach, blueberries, strawberries, and other fresh fruits and vegetables.

-Foods containing vitamin E, which protects skin cell membranes. Eat nuts, seeds, avocados broccoli, and collard greens.

-Foods containing vitamin A, which repairs skin tissues. Eat carrots, sweet potatoes, mango, squash, and red bell peppers.

-Foods containing omega 3s, which keep cell membranes healthy and make your skin glow. Eat fish, fish oil, walnuts, eggs and oysters.

You will notice that there is really no way to prevent stretch marks. There’s not a cream, lotion, or “mommy” balm that can do away with that — and if that’s the claim on the bottle, don’t be fooled, Lupo says.  They might minimize, but never to really prevent.  But there will always be that 10 %, lucky that they did are not prone to getting stretch marks.

It’s always a good idea to keep your skin hydrated with a rich lotion or cream, Lupo says, especially if it makes your skin feel better, look smoother and more toned, and helps the itchiness that can come with your growing belly.
Cara Tradisional Untuk  Halau Lalat

Cara Tradisional Untuk Halau Lalat

Ada ketikanya, lalat banyak berkerumun di dapur. Lebih-lebih lagi ketika kita sedang sibuk memasak. Bagi mengatasi masalah lalat, ada beberapa petua lama yang boleh diamalkan.
1. Bunga cengkih
Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam cawan atau mangkuk berisi air. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat-lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya daripada ruang dapur anda.
2. Manfaat daun kari
Ambil secekak daun kari, kibaskan pada lalat yang berada di meja makan anda. Kemudian letakkan daun kari tersebut pada gelas yang berisi air di sudut meja makan. Dengan cara ini anda dapat menghalau lalat dari meja makan.
3. Daun belimbing
Selain daun kari, anda boleh juga menggunakan beberapa tangkai daun belimbing. Cara sama juga dengan daun kari, kibaskan pada lalat-lalat yang berada di meja makan anda.
4. Guna cecair peluntur
Ambil sedikit cecair peluntur dan titiskan pada kain buruk tanpa mencampurkannya dengan air. Selepas itu lapkan kain tersebut pada sekitar ruang dapur seperti meja makan, kabinet, dapur memasak atau tempat-tempat lain yang anda rasa perlu. Lalat pasti akan berkurangan.
5. Pakai lilin
Ambil dua batang lilin dan nyalakan apinya. Setelah itu letakkan di meja makan atau di tempat meletak hidangan. Lalat tidak akan mengerumuni hidangan anda.
Petua Cantik Dengan Ciptaan Allah

Petua Cantik Dengan Ciptaan Allah

Semua orang pasti mengimpikan rambut yang cantik dan sihat. Masalah rambut gugur, bercabang atau berkelemumur merupakan antara masalah rambut yang sinonim diperkatakan. Hakikatnya, terdapat pelbagai jenis masalah rambut yang menghantui diri kita. Oleh itu, pelbagai produk penjagaan rambut di komersialkan. Namun, masalah rambut kita masih tidak dapat di selesaikan.
Justeru itu, cara tradisional mula menjadi pilihan. Di samping murah, mudah dan tidak mempunyai bahan kimia, cara tradisional membuatkan kita lebih menghargai ciptaan Illahi serta mendalami hikmah setiap ciptaanNya. Dan yang paling menyakinkan kehalalannya kerana kita yang menyediakannya sendiri.
Jom kita intai petua untuk rambut yang cantik dan sihat.
Petua 1 :: Mengelakkan Rambut Gugur ::
Dapatkan beberapa helai daun lidah buaya dan daun bunga raya. Ramas atau mesin hingga lumat dan lumurkan di atas kepala selama lebih kurang satu jam dan di cuci bersih.Ulangi beberapa kali selama seminggu. InsyaAllah pasti membuahkan hasil.
Daun bunga raya bertindak melembutkan rambut dan lidah buaya pula boleh menyejukkan serta menyamankan kulit kepala. Ini dapat mengelakkan rambut gugur dan bertindak sebagai perapi rambut
Petua 2 :: Elak Rambut Gugur-Rambut Lembut Dan Harum ::
Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam sebuah bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa di syampu.
Petua 3 :: Rambut Berminyak ::
Campurkan sedikit syampu bersama kuning telur di dalam semangkuk air suam dan cucilah rambut seperti biasa. Lakukannya dua kali dalam seminggu. InsyaAllah masalah rambut berminyak akan dapat diatasi.
Petua 4 :: Masalah Rambut Kering ::
Rawatan minyak panas amat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah ini. Caranya ialah panaskan minyak (minyak sayuran) kemudian lumurkan pada rambut menggunakan jari. Kemudian tekupkan kepala dengan tuala yang diwapkan. Biarkan dalan 20 minit dan bersihkan.
Petua 5 :: Menghitamkan Rambut ::
Bakar isi kelapa tua kemudian di parut dan dapatkan patinya. Lumurkan pada kepala hingga 10 minit dan bersihkannya.
Petua 6 :: Rambut Berbuah ::
Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Biarkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.
Petua 7 :: Meluruskan Rambut ::
Ambil santan perahan dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.
Petua 8 :: Rambut Cepat Panjang ::
Ambil beberapa batang serai, kemudian ketuk serai agar batangnya pecah sedikit dan rebus selama beberapa minit sehingga naik aroma. Setelah itu, sejukkan. Ambilkan air rebusan serai tadi dan sapukan di kepala. Selain mempercepatkan proses pemanjangan rambut ia juga mampu menyejukkan kulit kepala.
Petua 9 :: Elak Rambut Mudah Beruban ::
Bancuh sedikit minyak kepala, lender dari daun lidah buaya dan air limau nipis sehingga sebati. Kemudian lumurkan pada kepala sebelum mandi. Biarkan selama setengah jam kemudian bilas hingga bersih.
Petua 10 :: Melebatkan Rambut ::
Lumurkan minyak sapi ke seluruh kulit kepala. Kemudian, bungkus kepala dengan menggunakan tuala yang kering. Biarkan semalaman. Keesokkan harinya, bilas sehingga bersih. Amalkan dua minggu sekali.
Petua 11 :: Rambut Bercabang ::
Ambil daun bunga raya yang bersih, ramas sehingga keluar lender. Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung berserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut. Perap dengan tuala selama 10 minit dan kemudian bilas dan keringkan rambut. Amalkan dua kali seminggu.
Selamat Mencuba!
Penulis : Nur Fatin Binti Mohd Saad 
(Siswa di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu)
Kesihatan Nikmat Yang Sangat Berharga

Kesihatan Nikmat Yang Sangat Berharga

Kesihatan merupakan aset yang penting dalam kehidupan seorang individu. Dalam Islam, kesihatan merupakan aspek utama yang perlu dititikberatkan. Dengan menjaga kesihatan, seseorang individu dapat melakukan ibadah dengan baik dan sempurna. Betapa pentingnya menjaga kesihatan terserlah apabila Rasulullah s.a.w menyebut dalam sebuah hadis :
Permintaan yang paling disukai Allah daripada hamba-Nya ialah meminta dianugerahkan kesihatan yang sempurna.
Bahkan Baginda sendiri mengajar umatnya supaya mengamalkan selawat syifa’.
Syariat Islam yang diturunkan oleh Allah amat menitikberatkan kesihatan manusia dari segi kesihatan mental, fizikal dan spiritual. Setiap sesuatu yang dihalalkan syariat sudah pasti dapat memanfaatkan manusia manakala setiap sesuatu yang diharamkan pula adalah disebabkan Allah mengetahui ia amat memudaratkan kesihatan manusia. Pepatah yang menyebut ‘you are what you eat’ atau ‘anda ialah apa yang anda makan’ dapat dinilaikan bahawa penjagaan makan minum sangat penting untuk kesihatan manusia. Apabila seseorang individu itu mengetahui konsep penjagaan kesihatan, mereka akan dapat mengamalkan satu tabiat hidup yang telah diatur dengan baik.
Halalan Toyyiba
Islam menyeru umatnya supaya memilih makanan yang mempunyai dua kriteria iaitu halal (‘halalan’) dan baik (‘toyyiba’) atau berkhasiat. Makanan kita mestilah daripada sumber yang halal di samping berzat, berkhasiat dan baik yang sesuai dengan tubuh badan seseorang. Soal makan sangat penting kerana antara makanan dan keperibadian seseorang mempunyai pertalian yang amat kuat. Makanan yang baik dan halal akan menjamin akhlak yang baik, sebaliknya makanan daripada sumber yang haram akan menyebabkan lahirnya akhlak yang negatif.
Elak Obesiti
Setelah memilih makanan yang halal dan baik, Islam memberi panduan tentang adab makan pula iaitu bersederhana dalam makan. Ia menyeru umatnya supaya makan dan minum tetapi jangan berlebihan. Konsep berlebihan dalam pengambilan makanan ini telah diperakui oleh doktor bahawa makanan yang berlebihan boleh mengakibatkan obesiti atau gemuk.
40 Kali Kunyah
Rasulullah s.a.w juga mengajar umatnya dalam sunnah Baginda supaya mengunyah makanan yang kita makan sebanyak 40 kali kunyahan. Hal ini demikian supaya makanan yang kita kunyah akan hancur dan dapat diserap dengan baik untuk proses penghadaman. Di samping itu juga, amalan kunyahan makanan ini dapat mengehadkan kita daripada makan secara berlebihan.
Air Putih
Bagi minuman pula, air putih adalah sebaik-baik minuman yang perlu kita minum untuk kesihatan dalaman kita. Hal ini demikian kerana air putih dapat menyerap apa yang kita makan di samping membantu mempercepatkan proses penghadaman. Selain itu, air putih juga dapat membuang segala toksin dan kolesterol yang terdapat dalam badan kita.
Oleh itu, kita perlu minum air putih sekurang-kurangnya lapan hingga sepuluh gelas sehari. Pada awalnya, memang sukar untuk kita amalkan secara mendadak, akan tetapi apabila kita ‘istiqamah’ ataupun melakukan amalan ini secara berturut-turut, amalan ini akan menjadi kebiasaan demi kesihatan dalam jangka masa panjang.
Senaman
Demi menjamin kesihatan yang baik, Islam juga menyeru supaya kita memberi hak pada setiap anggota tubuh badan agar dapat mencegah daripada penyakit. Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Dalam sehari, badan kita perlu dilatih dengan senaman supaya kita menjadi lebih sihat dan aktif bekerja. Pergerakan badan yang kerap amat penting bagi membantu sistem dalaman dalam badan kita dan juga menjana minda yang cerdas.
Rehat
Walau bagaimanapun, kita juga diberi hak untuk rehat misalnya tidur. Dalam Islam, tidur itu merupakan satu ibadah. Badan kita perlu berehat melalui tidur pada malam hari selama lapan jam sehari bagi membantu proses perkumuhan.
Kesihatan Rohani
Menjaga kesihatan dalam Islam bukanlah sekadar luaran sahaja tetapi makanan rohani juga harus dititikberatkan. Jiwa yang tidak disantap dengan pengisian ilmu yang berfaedah akan terasa seperti jiwa di dalam kekosongan. Ilmu yang berfaedah sangat penting supaya kita lebih berpengetahuan misalnya ilmu agama. Dengan mengetahui syariat Islam yang diturunkan, kita sebagai umat Islam dapat menilai baik buruk sesuatu perkara dan seterusnya dapat mengamalkan setiap perkara yang disyariatkan dengan baik dan sempurna di sisi Allah dan masyarakat sekeliling.
Nikmat Sihat Wajib Disyukuri
Nikmat kesihatan sangat penting dalam kehidupan seharian bagi seseorang individu. Namun, tidak kurang ramai juga yang terlibat dalam penyalahgunaan nikmat kesihatan. Nikmat sihat dikira salah guna jika di kala sihat manusia lupa beribadat. Dalam erti kata lain, dia leka dengan perkara lain yang menjauhkan dirinya daripada Allah sebaliknya apabila dia sakit atau ditarik nikmat sihat daripadanya barulah dia teringat hendak memperbanyakkan ibadahnya.
Sesungguhnya kesihatan adalah nikmat Allah yang paling berharga. Jadi, gunakanlah ia sebaik mungkin untuk mendekatkan diri kepada Allah kerana penyalahgunaan nikmat sihat di sisi Allah adalah sesuatu yang dilarang di dalam Islam.
Penulis : Mastura Zulkifli
Tips Kesihatan : Ubat Turun Berat Badan

Tips Kesihatan : Ubat Turun Berat Badan

Menjadi idaman setiap insan dewasa ini, ingin memiliki susuk tubuh yang langsing dan ideal samaada lelaki mahupun wanita. Ini kerana masyarakat hari ini sudah mula terdedah dengan pelbagai sumber maklumat kesan dari kemajuan teknologi masa kini.Masyarakat mula sedar akan betapa banyaknya faedah dan kelebihan seseorang yang memiliki tubuh yang langsing dan ideal.
Di antara kelebihan, memiliki tubuh yang kekal langsing dan ideal ialah seseorang dapat :-
1) Melaksanakan sesuatu tugas harian atau ibadah dengan lebih baik.
2) Memiliki emosi yang positif.
3) Akal yang sihat.
4) Penampilan yang menarik.
5) Mengurangkan risiko penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, kencing manis(diabetis), serta sakit jantung.
Hal yang paling utama kita semua perlu ketahui ialah ketiga-tiga penyakit kronik tersebut semakin lama semakin meningkat jumlah penghidapnya khususnya di Malaysia kesan dari berat badan yang melampau serta gaya pemakanan yang tidak sihat.
Semakin pantas
Pepatah melayu ada menyebut, ‘masa itu emas’ dan ada juga berbunyi ‘masa itu wang’ mengambarkan betapa manusia sangat perlu menghargai masanya. Setiap perkara khususnya dizaman moden dan mencabar ini harus sentiasa pantas dan lekas. Sesiapa yang lambat dia akan ketinggalan jauh kebelakang.
Majoriti manusia zaman kini bekerja bagi memenuhi keperluan asas utama seperti rumah, pakaian dan makan. Kesemua keperluan ini memerlukan seseorang berusaha keras untuk memiliki wang. Dalam usaha memiliki wang di zaman yang semakin moden dan kompleks kini, masyarakat terpaksa terkejar-kejar dengan urusan kerja yang semakin bertambah, melakukan ‘overtime’ kerja, mengalami ‘workaholic’ sehingga tidak sempat meluangkan masa secukupnya untuk bersenam dan beriadah.
Ubat Kurus
Oleh yang demikian antara cara yang diambil oleh masyarakat hari ini ialah membeli dan memakan ubat atau produk untuk menguruskan badan tanpa perlu bersenam. Apa buktinya? Buktinya kita boleh saksikan ledakan iklan-iklan ubat-ubat dan makanan kesihatan yang semakin mendapat banyak tempat di dada-dada akhbar mahupun televisyen. Persoalan yang perlu difikirkan bersama, adakah cukup hanya memakan produk-produk ini semata tanpa kita melakukan senaman? Menurut sumber dari Akademi Nutrisi dan Dietetik (2011) yang pertubuhan organisasi terbesar dalam bidang nutrisi dan pemakanan berpengkalan di Amerika Syarikat menyebut,
Produk-produk diet tertentu boleh jadi ia memberi kesan yang dikhendaki. Pun begitu, kita perlu tahu bahawa tidak ada ubat mahupun makanan yang dapat membakar lemak. Tidak ada makanan yang dapat mengubah kod genetik anda. Tidak ada makanan yang boleh mencairkan lemak anda dikala anda hanya menonton televisyen dan tidur. Paling merisaukan, ada makanan tambahan dan produk herba yang boleh membahayakan kesihatan anda malah boleh membawa maut.
Ubat kurus yang paling ideal
Ubat yang paling terbaik adalah menanam kemahuan yang tinggi untuk makan makanan yang sihat dan berkualiti serta melakukan senaman secara konsisten. Mulakan dengan mencari sebab kenapa kita perlu memiliki tubuh yang ideal. Gambarkan dalam minda kita secara jelas faedah yang kita perolehi jika mendapat badan yang ideal seperti lebih rasa berkeyakinan,bertenaga, ceria dan tidak risau mendapat sakit yang kronik. Dengan kemahuan yang kuat dan gambaran yang jelas terhadap objektif mencapai berat badan yang ideal, barulah kita lakukan beberapa tindakan yang boleh membantu kita capai objektif itu. Antara tindakan yang boleh kita lakukan adalah seperti berikut:
1) Mengawal faktor pencetus
Cipta suasana yang mampu merangsang dan menyokong tabiat mengamalkan pemakanan yang seimbang seperti membeli keperluan dapur yang mengandungi kandungan kalori yang rendah, elak melalui jalan yang berhampiran dengan restoran makanan segera, dan tidak terus menonton televisyen sejurus pulang dari kerja.
2) Respon secara membina
Sekiranya kita gagal mengawal kehendak melakukan tabiat lama pemakanan yang kurang sihat, kita boleh bertindak secara konstruktif (membina) terhadap faktor pencetus seperti makan di restoran yang menyajikan pilihan makanan yang sihat, melakukan senaman ringkas bilamana kemahuan untuk kembali kepada tabiat lama tercetus, berlatih untuk menolak secara baik ajakan rakan-rakan untuk makan di restoran yang tidak menyajikan makanan yang sihat, belajar urus stress secara teratur, mempelbagaikan bentuk senaman, dan pelajari resipi makanan baru yang menyihatkan bilamana rasa bosan dengan satu-satu resepi.
3) Perkuatkan kesungguhan secara berperingkat.
Mencapai berat badan yang ideal memerlukan masa yang panjang dan usaha yang berterusan. Kita akan cepat rasa putus asa jika kita meletakkan sasaran yang terlalu sukar kita capai dalam masa yang singkat. Mana mungkin kita boleh menurunkan berat badan dari 150kg kepada 70kg dalam masa hanya 1 bulan. Oleh kerana itu, pecahkan sasaran kita tadi kepada sasaran yang berperingkat. Sasarkan setiap 2 bulan kita mampu turunkan berat sebanyak 10 kg dan rekod setiap pencapaian yang kita berjaya capai. Dengan kita melakukakan secara berperingkat-peringkat, kita akan lebih bermotivasi untuk terus melakukan lagi dan lagi usaha menurunkna berat badan kita.
Tiru tabiat Rasulullah s.a.w :-
Mungkin ada kalangan kita khususnya orang Islam berpandangan tidak perlulah bersenam sampai berpeluh-peluh dan terlalu meletihkan. Memadai dengan solat lima waktu sehari semalam kerana solat juga adalah senaman bagi tubuh. Benar sekali, solat memang salah satu bentuk senaman rohani dan fizikal. Dengan solat, rohani atau spiritual kita kuat menghadapi cabaran emosi hidup dizaman moden kini. Ini memang sangat benar.
Dengan solat juga kita dapat melakukan gerakan otot dan sendi tubuh kita. Pun begitu, mari kita bertanya secara jujur pada diri kita sendiri, adakah cukup dengan hanya solat, kita sudah boleh membakar lemak yang begitu banyak kita ambil dari pelbagai bentuk makanan harian kita?Adakah makanan harian yang kita ambil kandungannya menyihatkan tubuh?Secara realiti, hanya segelintir sahaja yang mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Sebahagian besar masyarakat khususnya di Malaysia, kurang menitik beratkan hal kualiti makanan yang diambil. Hanya mengutamakan rasa sedap di mulut, tetapi tidak menghiraukan bahaya kandungan yang terdapat dalam makanan tersebut.Buktinya kita boleh menyaksikan semakin banyaknya restoran makanan segera dibuka diseluruh negara. Perkembangan ini tidak akan berlaku sekiranya masyarakat di Malaysia lebih mengutamakan makanan yang sihat dan berkualiti.
Jika kita meniliti diet Rasulullah s.a.w, kita dapati Rasulullah s.a.w sangat menjaga cara pemakanannya. Bila kita membelek sirah baginda, kita akan ketahui Rasulullah akan makan bilamana lapar dan berhenti sebelum kenyang. Jika kita mengamalkan cara Rasulullah s.a.w makan, maka sudah memadai dengan hanya solat sebagai senaman kita. Dengan syarat kita melaksanakan solat itu serupa yang Rasulullah s.a.w lakukan, iaitu berjalan kaki ke masjid untuk solat berjemaah secara lima waktu sehari semalam. Jika kita masih belum dapat amalkan sepenuhya cara Rasulullah s.a.w makan dan solat, maka adalah dinasihatkan untuk kita melakukan senanam yang lebih lagi seperti ber’joging’.
Kesimpulan
Cetuskan kemahuan yang tinggi dengan mengenalpasti sebab yang kuat kenapa diri kita sangat perlu memiliki berat badan yang ideal. Lakukan senaman ringkas setiap hujung minggu sekiranya kita terlalu sibuk semasa hari bekerja.Bersenam sehingga tubuh badan kita mengeluarkan peluh agar jantung kita dapat berfungsi menghantar darah yang secukupnya keseluruh organ badan kita dan memecahkan lemak dalam salur darah dengan efektif.
Penulis : Hafiz Huzazi
Usah Terlalu Kerap Memberus Gigi Lebih Dari 3 Kali Sehari

Usah Terlalu Kerap Memberus Gigi Lebih Dari 3 Kali Sehari

Ramai yang menyangka, kekerapan memberus gigi dalam sehari akan memberi perlindungan yang baik pada gigi. Namun tanggapan itu tidak tepat dan akan menyebabkan anda kerap sakit gigi walaupun mulut bersih.
Ikuti penjelasan Doktor Wan Husni Najihah
Tadi ada seorang pesakit perempuan, 56 tahun, datang sebab sakit gigi. Katanya sangat sakit bila gigit makanan keras, sakit bila berus, sakit bila minum. Dia juga pernah terasa sakit sehingga terpaksa mengambil panadol. Pesakit ini jenis yang sangat jarang mengambil ubat tahan sakit.
"Kalau skor 1-10 (paling sakit), puan skor ke berapa?" soal saya.
"Lapan," jawabnya.
"Selalu ke sakit?" untuk kepastian.
"Selalu," katanya.
Bila saya periksa, apa yang saya nampak ialah gigi dan mulutnya sangat bersih. Tetapi secara general, ada lengkuk yang dalam di permukaan gigi terutamanya gigi taring dan gigi-gigi seterusnya. Ada pula gigi yang sebahagian akarnya sudah terdedah. Semua gigi ini tiada hitam-hitam caries.
Apa yang berlaku sebenarnya? Mari saya ceritakan.
Kesan lengkuk di permukaan gigi itu, namanya lelasan/hakisan (abrasion). Sebab apa? Sebab terlalu rajin memberus gigi lebih tiga kali sehari. Selain itu, menggunakan berus yang kasar. Kita wajib menggunakan berus gigi yang soft sahaja.
"Bersih ke Doktor kalau guna berus gigi soft? Macam tak berkesan saja?"
Bersih. Percayalah, guna berus gigi soft, dengan cara memberus yang betul. Rujuk video di laman Youtube, Modified Stillman's Method of Brushing. Untuk kanak-kanak, Circular Method.
/
Nampakkan lengkuk tu. Yang oren2 mcm berkarat sikit tu bahagian akar yang sepatutnya terlindung dengan gusi.
Lama-lama slim macam ni. Ini dah tak lama dah ni...
Dari kiri kekanan, nampak progres. Dari peringkat awal semapi ke peringkat kronik. Jadi ingat, pergi belajar di YouTube: Modified Stillman's Method of Brushing. Kalau nak saya ajar, mari datang ke Klinik Melaka-Manipal Medical College
Lelaki dan orang tua amnya, suka berus yang berbulu kasar. Tuan-tuan dan puan-puan, tukar ya. Sekarang anda mungkin tidak nampak kesannya tetapi lama kelamaan kelak, lapisan gigi semakin haus dan masalah besar bila hypersensitivity. Nak makan sakit, minum pun sakit, terkena sejuk pun sakit. Apa pun tak boleh.
Doktor Wan Husni Najihah
Jangan Beri Bayi Makan 5 Jenis Makanan Ini

Jangan Beri Bayi Makan 5 Jenis Makanan Ini

Kadang kala kita terlalu teruja mahu memperkenalkan makanan kepada bayi yang baharu mula makan makanan pejal. Kita rasa sudah memberikan makanan yang terbaik kepada si manja. Namun, tanpa diketahui kita sebenarnya telah memberi makanan yang tidak sihat kepada bayi. Ini kerana bayi tidak memerlukan banyak kalori, apa yang diperlukan adalah makanan yang kaya dengan nutrisi.
Ketahui beberapa jenis makanan dilarang untuk diberikan kepada bayi kerana belum tiba masanya.
  1. JUS
Eh? Bukankah jus adalah minuman yang berkhasiat?
Ya, jika yang meminumnya adalah orang dewasa atau kanak-kanak yang sudah besar. Itu pun jika tiada sebarang tambahan gula dalam jus tersebut. Namun, jus adalah minuman yang tidak sihat kepada bayi. Walaupun dihasilkan daripada buah-buahan, tetapi proses pembuatannya membuatkan khasiat baik daripada buah yang telah tiada. Lebih baik sajikan buah sahaja kepada bayi.
  1. MAKANAN PROSES
Jangan kerana alasan tidak sempat atau sibuk, lalu anda memberikan makanan proses kepada bayi seperti daging burger proses, sosej atau nugget. Makanan proses telah kehilangan segala khasiatnya semasa proses pembuatan. Leibh baik anda membuat sendiri makanan olah seperti nugget ayam yang dihasilkan dari daging ayam yang dicincang dan dicampur dengan sayur. Ia lebih sedap dan berkhasiat.
  1. MINUMAN BERKARBONAT
Kadang kala ada ayah atau ibu yang selama memberi bayi mereka merasa minuman berkarbonat yang sedang diminum. Alasannya kerana berasa kasihan dengan wajah si comel yang melihat minuman tersebut. Hakikatnya, ia adalah minuman yang terburuk jika diminum oleh bayi. Selain tidak berkhasiat, kandungan gula dalam minuman berkarbonat adalah sangat tidak bagus untuk perkembangan gigi si manja.
  1. BISKUT
"Alah, sikit saja bagi baby rasa biskut ini."
Mungkin bagi kita tidak mengapa memberi bayi merasa sedikit biskut yang kita makan. Tetapi sebenarnya ia tidak baik untuk kesihatan bayi kerana kandungan gula yang berlebihan boleh menganggu pertumbuhan gigi serta berisiko obesiti. Lebih baik anda biasakan diri memberi bayi potongan buah-buahan sebagai makanan selingan.
  1. AGAR-AGAR
Sememangnya ia kelihatan cantik dan menyelerakan. Apatah lagi jika si kecil melihatnya. Tetapi awas, jangan beri bayi anda makan puding atau agar-agar kerana kandungan gula yang banyak, perasa dan pewarna buatan. Jika mahu sediakan makanan pemanis mulut untuk bayi, buat daripada olahan buah-buahan tanpa menambah gula, pewarna atau perasa.
Jangan diikutkan perasaan atau mudah berasa kasihan pada si kecil yang nampak teringin dengan makanan tersebut. Fikirkan kesan buruknya kepada kesihatan bayi anda. - Hasnita PaMa
Khasiat Mangga – Bukan Sekadar Sedap

Khasiat Mangga – Bukan Sekadar Sedap


“Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuhan-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan Kami keluarkan pula zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikan pula) kematangannya. Sesungguhnya, pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.” (al-An’aam [6]: 99)
Di dalam ayat-ayat Al-Quran, Allah menyuruh manusia supaya memperhatikan keberagaman dan keindahan disertai seruan agar merenungkan ciptaan-ciptaan-Nya yang amat menakjubkan. Al-Quran menyebutkan sejumlah buah-buahan yang oleh ilmu pengetahuan modern ditegaskan memiliki khasiat untuk mencegah beberapa jenis penyakit. Antaranya adalah kurma, anggur, zaitun, tin, dan delima.
Terdapat pelbagai jenis buah-buahan yang memberikan manfaat pada tubuh manusia dalam berbagai cara, juga enak rasanya seperti buah mangga. Mangga merupakan tanaman yang lazimnya ditemui di kawasan Asia. Secara ilmiah ia dikenal dengan nama Mangifera Indica dan digolongkan ke dalam kelompok suku Anacardiceae. Pohon dari tanaman mangga berupa kayu dengan ketinggian batang yang mampu mencapai angka maksimal 40 meter.
Jus mangga, jus yang digemari ramai
Secara tradisional, tanaman mangga boleh digunakan untuk mengubati luka dan dapat digunakan untuk merawat infeksi yang disebabkan oleh bakteria. Apabila seseorang mengalami luka, maka daun mangga diambil lalu dikemam dan diletakkan pada luka tersebut. Bagi individu yang mengalami ulcer pada bagian perut, tanaman ini juga boleh digunakan untuk mengubati penyakit tersebut.
Ini terbukti dengan kajian secara saintifik di mana para saintis mengisolasi struktur antibakteria yang boleh membunuh bakteria dan struktur antiinflamasi yang dapat menyembuhkan luka. Disamping itu, para saintis juga dapat mengisolasi struktur antiulcerogenic pada tanaman tersebut yang dapat menyembuhkan ulcer pada perut. Secara saintifik, tanaman mangga mengandung vitamin C, vitamin A, vitamin B6, vitamin E, pektin, fosfor, kalium, magnesium, astragalin, betakaroten, quercetin yang sangat diperlukan oleh tubuh. Berkat kekayaan komponen, mangga mempunyai pelbagai khasiat yang bermanfaat untuk kesihatan badan.
Malah sehingga kini, para saintis masih lagi mengkaji dan merungkai 1001 khasiat dari buah mangga. Antara khasiat yang ditemui adalah :-
1. Mencegah kanser
Buah mangga mengandung komponen antioksidan seperti quercetin, astragalin, isoquercitrin, fisetin, asam galat, dan methylgallat. Kandungan antioksidan tersebut dapat membantu melindungi tubuh dari serangan radikal bebas penyebab beberapa jenis kanser. Kanser yang lazim adalah seperti kanser usus, prostate, leukimia, dan payudara.  Radikal bebas adalah molekul-molekul tak stabil yang dihasilkan oleh berbagai proses kimia normal tubuh, radiasi matahari, asap rokok, dan sebagainya.
2. Menurunkan kadar kolestrol
Buah mangga yang berwarna kuning ini mengandungi vitamin C yang tinggi. Vitamin C ini mampu mendetoksikan darah dari unsur-unsur yang tidak penting seperti kolesterol jahat, Secara tidak langsung, mencegah dari penyakit obesiti.
3. Menyihatkan Mata
Vitamin A yang terdapat dalam buah mangga memberikan perlindungan kepada mata dari serangan beberapa radikal bebas penyebab penyakit katarak, mata kering dan sebagainya. Selain itu, mata juga akan menjadi lebih cerah dan kesegaran mata dapat dikekalkan sepanjang hari.
4. Membantu pencernaan dalam tubuh
Mangga memiliki peranan penting dalam menghilangkan masalah seperti gangguan pencernaan. Mangga membantu masalah pencernaan enzim secara semulajadi. Bahan aktif dalam mangga seperti ester, terpene dan aldehida berpengaruh dalam meningkatkan nafsu makan dan juga meningkatkan pencernaan
5. Mencegah strok
Mangga mengandungi kalium yang berfungsi untuk meningkatkan keteraturan tekanan jantung dan membantu untuk otot berfungsi dengan baik. Pengambilan kalium yang memadai akan menyebabkan  tekanan darah menjadi stabil, dan mengurangkan kemungkinan mendapat penyakit jantung dan pembuluh darah.
6. Menyihatkan otak dan meningkatkan daya memori
Mangga kaya dengan vitamin. Sebagaimana banyaknya kandungan vitamin C, mangga juga mempunyai  vitamin B-6 yang sangat penting untuk mempertahankan dan meningkatkan fungsi otak. Vitamin ini membantu untuk menggabungkan neurotransmitter utama yang memberikan kontribusi dalam menentukan keadaan hati dan perubahan pola tidur. Selain itu, kandungan asam Glutamin di mangga mampu meningkatkan konsentrasi dan daya memori.
7. Menghaluskan kulit
Buah yang memiliki rasa manis asam ini ternyata juga mampu menghaluskan kulit serta menghilangkan jerawat, kerana kandungan vitamin A yang terdapat dalam buah mangga mampu memaksa sel-sel kulit untuk kembali atau melakukan proses regenerasi lebih cepat dengan membawa sel-sel kulit baru yang segar ke permukaan. Kulit akan lebih halus dan sihat.
8. Melegakan panas dalam
Mangga juga berfungsi sebagai pendingin tubuh. Panas dalam disebabkan beberapa fakor  dan biasanya di sebabkan oleh sistem pencernaan yang buruk dan faktor faktor lain, seperti : kekurangan vitamin C, kekurangan serat, kekurangan cairan tubuh (dehidrasi), memakan makanan yang bersifat panas dan berlemak seperti gorengan, atau bahkan disebabkan cuaca panas. Kandungan Vitamin C yang terdapat pada buah mangga memiliki kemampuan untuk meningkatkan kekebalan tubuh sehingga mampu meredakan penyakit panas dalam lebih cepat.
Bahaya Tidur Dalam Keadaan Lampu Bernyala

Bahaya Tidur Dalam Keadaan Lampu Bernyala


Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko mengidap leukemia. Para ilmuwan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalanan dan sebagainya dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin.

Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.

Prof. Russel Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut mengatakan “Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin menurun”.

Jumlah anak-anak yang mengidap leukimia meningkat dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda dibawah 15 tahun didiagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal.

Sebuah persidangan berkaitan tentang anak penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu lama memasang lampu waktu tidur di malam hari berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.

Hal ini menekan penghasilan melatonin di mana secara normalnya terjadi antara jam 9 malam s/d jam 8 pagi. Penelitian terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja shif yang memiliki risiko terkena kanser payudara.

Pada kenyataannya, Orang-orang buta tidak terdedah terhadap melatonin dan memiliki risiko yang lebih rendah untuk mengidap kanser. Maka para ibu bapa disarankan untuk menggunakan lampu tidur yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.

Maha suci Allah yang menciptakan malam dan siang di mana waktu malam itu dijadikanNya gelap gelita supaya hamba-hambaNya dapat merehatkan tubuh badan yang penat bekerja di siang hari. Begitulah fitrah kejadian manusia di mana Allah Maha Mengetahui apa keperluan hamba-hambaNya kerana Dialah yang menciptakan kita semua. Maka nikmat TuhanMu yang mana engkau dustakan. Wallahua’lam...