Mengenali Pengkid

Mengenali Pengkid


Pengkid ialah 'tomboy' atau lesbian ,merupakan gaya penampilan perempuan yang maskulin dan kadangkala berorientasi homoseksual. Penampilan mereka termasuk gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, di mana kesemua ciri-ciri ini sering dikaitkan dengan lesbianisme. Golongan ini menonjolkan identiti gender dan seksualiti yang sering dilaporkan sebagai naluri semulajadi mereka.

Pengetua Pusat Kebahagiaan Remaja dan Wanita (KEWAJA), Yahya Mohd. Yusof, menyatakan bahawa dahulu golongan ini agak tersorok dan berada dalam kelompok sendiri disebabkan tanggapan konservatif dan negatif yang banyak dipaparkan di media massa. Walaubagaimanapun, kegiatan pengkid kini lebih terancang dan berani, terutamanya di kalangan aktivis hak-hak seksualiti dan gender.

‘Pengkid’ tegar, agak sukar dipulihkan dalam waktu singkat. Sejak 1988, kira-kira 200 dikategorikan sebagai ‘pengkid’ dan mangsa ‘pengkid,’ datang ke KEWAJA sama ada atas kerelaan sendiri atau dihantar ibu bapa. Walaupun yang demikian, tiada kajian perubatan dan psikiatri yang kukuh dapat melaporkan bahawa rawatan fizikal dan rohani boleh "memulihkan" golongan pengkid.

Faktor / Ciri-ciri :-

Secara semulajadi. Dari usia kanak-kanak lagi sudah nampak kecenderungan mereka lebih berminat kepada perempuan, kadangkala diputik ketika mereka dibesarkan seperti melihat lelaki yang disifatkan sebagai ganas seperti bapa yang tidak bertanggungjawab, kaki pukul dan sebagainya.

Pengkid sering disalah erti kerana terdapat segelintir yang hakikatnya tidak menunjukkan kehidupan yang lebih bernilai.

Fenomena anak gadis terlibat dalam cinta homoseksual berpunca kepada keinginan dan kehendak diri iaitu perhubungan cinta dan seksual wanita bersama wanita lain.

Hanya wanita mengetahui keinginan wanita lain dan menjanjikan kepuasan yang lebih. Berasa lebih selesa kerana tidak terdedah kepada risiko mengandung.

Perbezaan :-

PENGKID
Selalunya mereka lebih berwatakan seperti lelaki, samada dari segi kelakuan, sifat, sikap, pandangan/pemikiran, penampilan berambut pendek atau pacak, suara serak-serak basah yang menyerupai lelaki. Mereka lebih mempunyai perasaan cinta terhadap kaum wanita (feminin) , dan susah pula bagi mereka untuk mencintai kaum lelaki.

TOMBOY
Selalunya mereka lebih berwatakan agresif dan kasar, samada dari segi tindakan yang kelam-kabut, sifat yang kasar, melakukan kerja-kerja yang dilakukan lelaki, penampilan berambut pendek atau panjang, suara yang agak kasar. Mereka lebih mempunyai perasaan cinta terhadap kaum lelaki dan tidak pula terhadap kaum wanita.

LESBIAN/LESBO
Selalunya mereka lebih berwatakan penuh sebagai wanita (femenin), samada dari segi tindakan yang lemah-lembut, melakukan kerja-kerja yang dilakukan oleh wanita sahaja, penampilan berambut panjang, suara yang lemah-lembut dan sopan. Mereka mempunyai perasaan cinta terhadap wanita-wanita tertentu yang tergolong dalam alam percintaan sejenis.

BISEKSUAL
Selalunya mereka berwatakan normal seperti apa yang kita nampak, samada penampilan, kelakuan,sifat dan sikap. Mereka mempunyai perasaan cinta terhadap kaum lelaki dan perempuan. Selalunya mereka adalah golongan orang yang keliru dalam perhubungan, kerap ingin berubah kepada percintaan/perhubungan normal.

Pandangan Islam :-

Mengikut sesetengah ulama agama, tindakan dan perbuatan yang berlawanan jantina lahiriahnya dikatakan haram ,iaitu tidak dibenarkan sama sekali oleh Islam. Menurut mereka, tindakan ini dikatakan mengubah fitrah kejadian manusia yang dijadikan Allah . Ia melanggar tabii serta fitrah dan dalam Islam jelas tidak boleh.

Sebuah NGO bukan Islam, Kata gender dan Food-not-Bombs mengadakan demonstrasi di Kuala Lumpur membantah fatwa ang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan pengkid. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia Yusri Mohamad mahu fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak dipertikaikan kerana ia sebuah institusi penting dalam Islam dan jarang dicabar. Kiranya da bantahan dan rungutan, perbincangan tertutup yang disertai pakar-pakar hendaklah diadakan. Bukan Islam tidak patut campur tangan sebelum mereka mempelajari dan memahami al Quran dan Hadis

Majlis Fatwa merasakan wajar fatwa mengharamkannya dikeluarkan kerana Jakim menerima aduan. Oleh itu pada 23 oktober 2008, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai ‘pengkid’. Pengerusinya ialah Profesor Datuk Dr. Abdul Shukor Husin.

Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Amal Islam Hadhari (Damai), Amran Zakaria bersedia mengatur pertemuan antara pihak NGO dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung isu fatwa itu. Sebelum ini, Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Ivy Josiah mempersoalkan fatwa tersebut yang disifatkan cuba mengongkong cara hidup seseorang termasuk dalam soal berpakaian. Ivy Josiah melihat kes ini menyekat kebebasan wanita selain menjadikan negara ini dipandang serong dan ditertawakan negara luar. Beliau mungkin berasa malu kerana ditertawakan oleh negara luar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Ivy Josiah tidak hanya menggunakan logik akal sahaja kerana boleh menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat.Kalau masalah seorang perempuan lari kepada lelaki lain ada undang-undang yang boleh menyelesaikannya tetapi jika ada perempuan lari kepada perempuan lain mesti ada peranan lelaki di kalangan perempuan itu. 
Pencipta Kamera Sebenarnya Adalah Orang Islam

Pencipta Kamera Sebenarnya Adalah Orang Islam


Pada zaman sekarang, sebut sahaja kamera, sudah tentu kita akan terbayang tentang kamera jenis DSLR. Inilah yang menjadi kegilaan masyarakat sekarang. Biarpun harganya mencecah ribuan ringgit, ada yang sanggup mengikat perut semata-mata untuk memenuhi impian hobinya. Persoalannya, siapakah sebenarnya yang mencipta kamera ini? Adakah benar pencipta kamera ini sebenarnya adalah orang Islam? Jom baca artikel di bawah ini.

Akhbar terkemuka di UK, The Independent pada edisi 11 Mac 2006 pernah menyiarkan sebuah artikel yang sangat menarik bertajuk ”Bagaimana para perekacipta Muslim mengubah dunia.” Akhbar tersebut menyenaraikan sekitar 20 penemuan penting yang mampu mengubah peradaban umat manusia, salah satunya adalah penciptaan kamera obscura.

Kamera merupakan salah satu penemuan penting yang dicapai umat manusia.Melalui bidikan kamera, manusia dapat merakam dan mengabadikan pelbagai bentuk gambar mulai dari sel manusia hingga galaksi di luar angkasa. Teknologi pembuatan kamera, kini dikuasai peradaban Barat serta Jepun. Sehingga, ramai antara kita meyakini kamera berasal dari peradaban Barat.

Jauh sebelum masyarakat Barat menemukannya, prinsip-prinsip dasar pembuatan kamera telah dicetuskan seorang sarjana Muslim sekitar 1000 tahun lalu. Peletak prinsip kerja kamera itu adalah seorang saintis legenda Muslim bernama Ibnu al-Haitham. Pada akhir abad ke-10 M, al-Haitham berjaya menemui sebuah kamera obscura. Itulah salah satu karya al-Haitham yang paling monumental. Penemuan itu dilakukan al-Haithan bersama Kamaluddin al-Farisi. Kedua-duanya berjaya meneliti dan merakam fenomena kamera obscura. Penemuan itu berawal ketika kedua mereka mempelajari gerhana matahari.

Untuk mempelajari fenomena gerhana, Al-Haitham membuat lubang kecil pada dinding yang memungkinkan citra matahari semi-nyata ditumpukan melalui permukaan datar.


Kajian ilmu optik berupa kamera obscura itulah yang mendasari fungsi kamera yang ketika ini digunakan umat manusia. Mengikut kamus Webster, fenomena ini secara harfiah diertikan sebagai ”ruang gelap”.Biasanya bentuknya berupa kertas kardus dengan lubang kecil untuk masuknya cahaya. Teori yang dipecahkan Al-Haitham itu telah mengilhami penemuan film yang kemudiannya disambung-sambung dan dimainkan kepada para penonton.


“Kamera obscura pertama kali dibuat ilmuwan Muslim, Abu Ali Al-Hasan Ibnu al-Haitham, yang lahir di Basra (965-1039 M),” ungkap Nicholas J Wade dan Stanley Finger dalam karyanya berjudul The eye as an optical instrument: from camera obscura to Helmholtz’s perspective.

Dunia mengenal al-Haitham sebagai perintis di bidang optik yang terkenal melalui bukunya bertajuk Kitab al-Manazir (Buku optik). Untuk membuktikan teori-teori dalam bukunya itu, beliau menyusun Al-Bayt Al-Muzlim atau lebih dikenali dengan sebutan kamera obscura, atau kamar gelap.


Bradley Steffens dalam karyanya berjudul Ibn al-Haytham: First Scientist mengungkapkan bahawa Kitab al-Manazir merupakan buku pertama yang menjelaskan prinsip kerja kamera obscura. “Dia merupakan ilmuwan pertama yang berjaya menumpukan seluruh gambar dari luar rumah ke dalam gambar dengan kamera obscura,” papar Bradley.


Istilah kamera obscura yang ditemukan al-Haitham kemudiannya diperkenalkan di Barat sekitar abad ke-16 Masihi, iaitu sekitar 5 abad setelah penemuan kamera obscura, Cardano Geronimo (1501 -1576), yang terpengaruh pemikiran al-Haitham mulai mengganti lubang bidik lensa dengan lensa (camera).

Setelah itu, penggunaan lensa pada kamera obscura juga dilakukan Giovanni Batista della Porta (1535-1615 M). Ada pula yang menyebutkan bahawa istilah kamera obscura yang ditemukan al-Haitham pertama kali diperkenalkan di Barat oleh Joseph Kepler (1571 – 1630 M). Kepler meningkatkan fungsi kamera itu dengan menggunakan lensa negatif di belakang lensa positif, sehingga dapat memperbesar gambar (prinsip digunakan dalam dunia lensa foto jarak jauh modern).

Setelah itu, Robert Boyle (1627-1691 M), mulai menyusun kamera yang berbentuk kecil, tanpa kabel, jenisnya kotak kamera obscura pada 1665 M. Setelah 900 tahun dari penemuan al-Haitham pelat-pelat foto pertama kali digunakan secara kekal untuk menangkap gambar yang dihasilkan oleh kamera obscura. Foto kekal pertama diambil oleh Joseph Nicephore Niepce di Perancis pada 1827.


Tahun 1855, Roger Fenton menggunakan plat kaca negatif untuk mengambil gambar dari tentera Inggeris ketika Perang Crimean. Dia mengembangkan plat-plat dalam perjalanan kamar gelapnya . Tahun 1888,George Eastman mengembangkan prinsip kerja kamera obscura ciptaan al-Hitham dengan baik sekali. Eastman menciptakan kamera kodak. Sejak itulah, kamera terus berubah mengikuti perkembangan teknologi.


Peradaban dunia modern tentu sangat terhutang budi kepada ahli fizik Muslim yang lahir di Kota Basrah, Iraq. Al-Haitham selama hidupnya telah menulis lebih dari 200 karya ilmiah. Semua didedikasikannya untuk kemajuan peradaban manusia.
Tips Elak Anak Hilang

Tips Elak Anak Hilang


Sepanjang cuti persekolahan ini, membawa anak ke tempat menarik dan menyeronokkan adalah agenda utama hampir semua ibu bapa saat ini. Saat ini jugalah dimanfaatkan sepenuhnya ibu bapa yang kebanyakan­nya sibuk dengan kerja seharian di pejabat.

Memanfaatkan sepenuhnya cuti persekolahan ini untuk membawa anak bercuti bagaimanapun mengundang kepada kesesakan di tempat yang menjadi tumpuan ramai. Keadaan yang bersesak-sesak ini juga adalah situasi sukar dan menyebabkan perkara tidak diingini, contohnya anak terpisah daripada ibu bapa.

Apabila anak terpisah daripada ibu bapa terutama kanak-kanak di bawah usia lima tahun, tanyalah apa saja, hanya air mata yang mengalir. Justeru, bagi mengatasi masalah ini terutama di musim cuti ini, tip melancong kali ini mungkin dapat membantu.

Ajar anak mengingat nama anda
Ada kanak-kanak masih tidak tahu atau mengingati nama ibu atau bapa. Perkara ini juga merumitkan untuk mencari keluarga si kecil. Jadi, ajar anak mengi­ngati nama anda atau pasangan supaya jika terpisah, petugas dapat mencari anda.

Tanda nama
Tanda nama yang leng­kap dengan nama anda dan pasangan serta alamat dan nombor telefon untuk dihubungi ditulis di atas kertas atau kad kecil cukup membantu terutama terpisah dengan si kecil. Dengan meletakkan kad nama itu di dalam poket seluar anak atau beg anak, ke mana pun anda pergi dapat membantu sesiapa yang menjumpai mereka menghubungi anda. Ajar mereka untuk menunjukkan tanda nama itu kepada petugas atau individu yang menjumpai mereka.

Dukung anak
Mendukung anak dalam keadaan yang sesak adalah langkah paling bijak daripada memegangnya apatah lagi jika anak masih kecil. Selain itu, ketika berjalan di dalam kesesakan, adalah lebih baik isteri di depan, anak di tengah dan bapa di belakang lebih-lebih lagi jika mempunyai anak lebih daripada dua. Dalam apa juga situasi, awasi anak anda dan jangan sesekali leka.

Tetapkan tempat berjum­pa
Jika bercuti dalam kumpulan, pastikan anda menetapkan lokasi untuk berjumpa pada masa sudah ditetapkan. Walaupun masing-masing punya telefon, tetapkan tempat berjumpa untuk mengelak sebarang masalah seperti bateri telefon bimbit habis atau sebaliknya. Jika berkunjung ke taman tema atau kompleks beli-belah, jadikan kaunter pertanyaan sebagai tempat pertemuan jika terpisah dari kumpulan atau sebaliknya.

Jangan panik
Ketika terpisah dengan anak, jangan panik. Carilah mereka sebaik mungkin dan dapatkan bantuan daripada pihak yang sepatutnya di mana juga anda berada. Panik hanya membuatkan anda hilang fokus dan bukan menyelesaikan masalah dengan sebaiknya.

Gambar terkini anak
Gunakan kemajuan tek­nologi yang ada dengan merakam gambar terbaru anak. Gambar ketika keluar pada hari itu adalah yang terbaik. Sekurang-kurangnya, apabila anda mencari mereka, anda boleh tahu warna pakaian, kasut, beg dan banyak lagi petunjuk untuk mencari anak anda ketika mereka terpisah.
Cincin Kahwin Barack Obama Terukir Kalimah Syahadah

Cincin Kahwin Barack Obama Terukir Kalimah Syahadah



Seorang Pakar Islamologi yang berasal dari Amerika Syarikat, Mark A Gabriel, telah melakukan kajian terhadap gambar-gambar cincin Barack Obama yang terukir kalimah syahadah yang tersebar luas di internet sejak belakangan ini.

Menurut kajian beliau ukiran pada cincin yang selalu dipakaikan Obama di jari manis tangan kirinya itu memang benar bermotifkan kaligrafi lafaz kalimah syahadah.


“Saya membuat kesimpulan bahawa ukiran yang terdapat pada cincin Obama itu adalah kalimah pertama syahadah,” kata Gabriel.
Gabriel menjelaskan bahawa kaligrafi kalimah ‘La Ilaha Illallah’ pada cincin Obama tersebut terbahagi dalam dua bahagian. Pada bahagian atas, tertulis huruf Arab Lam, Alif, Alif, Lam, dan Ha yang dibaca dari kanan ke kiri. Susunan huruf tersebut membentuk frasa ‘Laa Ilaaha’ yang bermaksud ‘Tidak Ada Tuhan’.

Pada bahagian bawahnya pula terukir huruf Alif, Lam, Alif, Alif, Lam, Lam dan Ha. Susunan huruf-huruf tersebut membentuk frasa ‘Illa Allah’ yang bermakna ‘Selain Allah’. Lafaz ‘Allah’ ditulis secara separa di atas kata ‘kecuali’.

Jika kedua-dua bahagian cincin obama tersebut dibaca secara sambung, maka akan terbentuk kalimah ‘La Ilaha Illallah’ yang bermakna ‘Tiada Tuhan Selain Allah’.

“Adalah suatu hal yang lumrah dalam seni Islam dan kaligrafi Arab untuk menulis mesej-mesej Al-Quran dalam perhiasan. Huruf-huruf tersebut juga biasa dibuat tumpang tindih agar pas dengan ruang yang ada, “ujar Gabriel.

Selain itu, menurut para ahli bahasa Arab dan Islam, Obama dikatakan telah memakai cincin tersebut selama lebih dari 30 tahun. Wallahu ‘alam....



Jangan Sesekali Menggoncang Bayi Anda!!

Jangan Sesekali Menggoncang Bayi Anda!!


Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain. Jangan memegang bayi anda ketika marah. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.

Minta bantuan orang lain. Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak (Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)
SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.


Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN
Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain. Jangan memegang bayi anda ketika marah. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain. Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

Rujukan :

1.http://www.medicinenet.com/shaken_baby_syndrome/page2.htm
2.http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000004.htm
3.http://www.dontshake.org/
4.http://en.wikipedia.org/wiki/Shaken_baby_syndrome

Dr.Muna
UMMUSAIF.COM
68000, Ampang.

Silakan Share/Tag.. Moga Ia Dapat Bermanfaat Kepada Orang Lain..


Adakah Anda Jeles Bila Awek/Pakwe Korang Keluar Dengan Orang Lain??

Adakah Anda Jeles Bila Awek/Pakwe Korang Keluar Dengan Orang Lain??


Assalamualaikum.. Haa.. Cam Hot-hot ja tajuk topic ini.. Erm... Benda ni aku memang dah lama nk post.. Cuma tunggu masa sahaja.. Erm..

Adakah korang jeles bila AWEK / PAKWE korang keluar dengan orang lain (Lelaki/Perempuan Lain),
Apa pendapat anda?? 
 Bagi Perempuan..

Bagi Lelaki..

Erm.. Aku keluarkan statement ni bukan apa.. Kadang-kadang wa ada dengar member-member wa mengeluh awek nya keluar dengan lelaki lain.. Dan apabila ditanya siapa lelaki tu??
Aweknya menjawab Abang.. (Abang Angkat).. Ouchh.. Then katakan lah kalau lelaki lak nk keluar dengan perempuan lain?? Pasti lah jawab..

Keluar dengan kakak angkat kan.. Dan Sudah PASTI si aweknya akan terasa jeles.. Naahh!!
Macam mana tuu?? Wa pening gak la pikir.. Tapi bagi wa.. Wa tak kisah la kalau awek wa nk keluar dengan sesiapa.. Janji bagi tahu la nak keluar dengan siapa... Abang angkat ke.. Sesiapa aja lah.. 
Sbb wa ni jenis tak suka la nak paksa-paksa.. Nak kawal hidupnya.. Tetapi kalau keluar dengan laki/perempuan lain?? Sudah pasti la akan menimbulkan syak wasangka kan?? Fikir-fikirkan la.

TETAPI! Bila Wa mau keluar dengan dengan kakak wa (Kakak Sepupu) Jeles pulak dia.. Aikk..? Sedangkan itu sepupu wa kot! Dia plak keluar dgn abang (Abang Angkat).. Hurmm.. Wa garu kepala gak...

Tapi kan.. Wa ada baca la kat paper.. Perempuan Zaman Sekarang Lebih Suka Dengan Lelaki Lebih Matang.. Errm.. Entah la pendapat itu betul ke tak... Tapi bila pikir balik.. Mungkin ada benarnya...

Ini Kata-kata member wa :

"Wa ni jenis Low Profile.. Wa ada moto jer.. Kereta? Wa tak pakai lah.. Dalam KL pakai kereta? Bertambah tension lagi ada lah.. Tetapi kan.. Kata la wa bawa kereta then parking kat campus.. Pasti ada la mata-mata memandang... (Awek Lor), Ada yang tegur... Then bila balik.. Ada la mau tumpang.. Hoho.. Then bila besok harinya wa naik moto.. Satu awek tak padang... Nahh.. Sudah nampak kan.. Paham-paham aja la.."

Berbalik kepada topic tajuk ni.. So apa pandangan anda?? Wa tahu ada yang jenis tak ambil kisah.. Tetapi bila jadi kat diri sendiri.. Mula la nak mengungkit kan.. Toi dak.. Haa.. Manusia memang dilahirkan tak sempurna..  Tetapi Tu belum jadi bini lagi.. Dah keluar dengan lelaki lain.. Cam mana pula kalau yang dah status Bini/Suami?? Haa.. Lagi la betambah jelesnya.. Kebabooomm...

Tetapi wa bersyukur... Sebab wa dapat mengawal perasaan wa... Cuma wa mau tegur la.. (Kalau dia baca..) Wa tak kisah kalau nak keluar dengan sesiapa pon.. But.. Fikirkan lah hati & perasaan wa.. Tetapi bila anda ditempat wa... Pasti anda merasa tak senang duduk.. PASTI! Tak tipu punya.... Dah stop! Wa tak nak lah nak panjang lebar lagi.. Kang hangpa kepeningan pulak dok baca banyak-banyak.. Tu sahaja luahan hati wa.. Sekian... Wasalam...

P/S : Err.. Ini Posting Lama Ok.. Wa saja up balik posting.. Kasi panas sikit sama korang.. Hehehe.. 

5 Cara Nak Putuskan Hubungan Anda

5 Cara Nak Putuskan Hubungan Anda



Gambar kat bawah nieh adalah 5 cara untuk berpisah dengan pasangan korang tanpa menyakiti perasaan beliau. Hurmm.. Memang lawak cara-cara nak putus hubungan ini. Kesemua teknik-teknik mesti ada kesusahan yang perlu dihadapi. Hohoho.. Korang rasa teknik mana yang lebih berkesan? Wa pilih no 3... Sebab rasa senang sikit nak buat. Hahaha..








Peristiwa-peristiwa Dalam Bulan Zulkaedah

Peristiwa-peristiwa Dalam Bulan Zulkaedah



Assalamualaikum.. Selamat Pagi 1 Zulkaedah 1433...=)

Nama Bulan Zulkaedah diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.

Bulan Zulkaedah adalah satu dari empat bulan haram. Bulan haram adalah bulan yang amat dimuliakan. Bulan haram adalah bulan persaudaraan, perdamaian dan kemaafan. Masyarakat kafir Quraisy menangguhkan permusuhan dan peperangan di bulan haram maka kita sebagai umat Islam hendaklah lebih menghormati bulan bulan haram ini.

Eratkan silaturrahim, yang bermusuh, damaikanlah, yang berdendam, berlapanglah dan yang renggang, rapatkanlah, InsyaAllah hidup penuh berkat dan harmoni. Tiada ibadah khusus dalam bulan Zulkaedah. Bulan Zulkaedah adalah bulan permulaan musim haji. Namun begitu sebahagian besar ulamak mengatakan bahawa umrah adalah lebih afdhal di bulan Zulkaedah berdasarkan Rasulullah SAW mengerjakan umrah-umrah beliau di bulan Zulkaedah dan haji tamattu' juga dimulakan di bulan Zulkaedah.

Daripada Abu Bakrah, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:

Sesungguhnya zaman itu berputar sejak awal waktu Allah menjadikan langit-langit dan bumi. Satu tahun mengandungi dua belas bulan ini, darinya empat bulan haram, tiga dari empat bulan ini berturut-turutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram dan satu bulan berasingan ialah Rejab di antara Jamadil Akhir dan Sya'aban.

PERISTIWA BERSEJARAH :-

1. Peperangan Bani Quraizah

Peperangan ini berlaku pada tahun ke 5 Hijrah. Setelah tentera Ahzab telah ditewaskan maka malaikat Jibril AS telah memberitahu Rasulullah SAW bahawa Allah SWT telah memerintahkan nabi agar pergi ke perkampungan Bani Quraizah. Bani Quraizah ialah satu puak Yahudi yang telah terlibat bergabung dengan tentera Ahzab, mengepung umat Islam semasa perang Ahzab. Rasulullah SAW yang masih belum sempat melucutkan pakaian perangnya telah mengerah tentera Islam mengepung perkampungan Bani Quraizah sehinggalah mereka menyerah kalah.

2. Perjanjian Hudaibiyah

Peristiwa ini terjadi pada bulan Zulkaedah, penghujung tahun ke 6 Hijrah. Antara sebab berlaku Perjanjian Hudaibiyah tersebut, Nabi SAW mengumumkan kepada kaum muslimin keinginan baginda Rasulullah SAW untuk berangkat pergi ke Mekkah bagi melaksanakan satu lagi ibadah iaitu dengan menunaikan ibadah umrah. Hasil pengumuman tersebut yang diberitahu itu telah mendapat sambutan yang sangat baik oleh sekitar 1 400 orang sahabat dari kaum Muhajirin dan Ansar pada masa itu.

Nabi Muhammad SAW berihram untuk ibadah umrah tersebut ditengah perjalanan dan membawa bersama-sama binatang yang boleh disembelih atau dikorbankan (al- hadyu) supaya ianya menjadi pentunjuk atau sebagai memberitahu kepada orang-orang lain bahawa Nabi Muhammad SAW keluar sedemikian bukan bermaksud untuk berperang tetapi ianya semata-mata untuk menziarah ke Baitulullah iaitu Ka'abah, bagi menunaikan ibadah Umrah tersebut.

Dalam perjalanan ke Makkah, Rasulullah SAW telah disekat oleh kafir Quraisy dan dihalang dari memasuki Makkah. Berlaku beberapa perundingan dan ia membawa kepada perjanjian damai yang dinamakan "Perjanjian Hudaibiyah". Dalam perjanjian itu, Rasulullah SAW dibenarkan memasuki Makkah dan mengerjakan umrah hanya pada tahun hadapan serta tahun seterusnya dan gencatan senjata selama sepuluh tahun di antara Makkah dan Madinah.

3. Bai'atur Ridwan

Peristiwa ini berlaku sebelum terjadinya Perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah SAW telah mengutus Usman RA ke Makkah untuk membahas masaalah mengapa rombongan Rasulullah SAW dihalang dari memasuki Makkah untuk mengerjakan umrah. Sesampainya di sana Usman bin Affan RA ditahan selama beberapa waktu oleh orang-orang Quraisy. Dalam pada itu sampailah berita kepada Nabi Muhammad SAW bahawa Usman bin Affan RA telah mati dibunuh oleh orang-orang Quraisy.

Maka Nabi Muhammad SAW dengan lantangnya menyatakan tekadnya : "Kami tidak akan tinggal diam, hingga kami berhasil menumpas kaum Quraisy". Kemudian Rasulullah SAW mengajak berbai'at. Maka terjadilah Bai'atur Ridhwan di bawah sebatang pohon di tempat tersebut. Bai'at yang dimaksudkan ialah satu perjanjian yang berlaku antara Nabi Muhammad SAW bersama para-para sahabat yang ada ketika itu untuk bersatu padu dan bekerjasama menentang orang-orang kafir Quraisy.

Para sahabat berbai'at kepada Nabi Muhammad SAW untuk tidak takut dan lari meninggalkan medan perang sebagai tanda menuntut bela di atas kematian yang menimpa sahabat baginda Rasulullah SAW. Sementara itu Rasulullah SAW menepukkan tangannya yang satu ke tangan yang lain seraya berkata : "Pembai'atan ini untuk Usman bin Affan". Setelah pembai'atan tersebut, yang mana telah didengari oleh pihak orang-orang Quraisy, barulah datang berita yang menyampaikan kepada Rasulullah SAW bahawa khabar terbunuhnya Usman bin Affan itu tidak benar.

4. Berlakunya Haji Wida

Pada tanggal 25 Zulkaedah tahun ke 10 Hijrah, Rasulullah SAW meninggalkan Kota Madinah untuk menuju ke Kota Makkah bagi menunaikan Haji Wida' (Haji Penghabisan), baginda disertai seramai 10,000 kaum muslimin. Haji tersebut adalah haji pertama Rasulullah SAW dan yang terakhir bagi baginda. Rasulullah SAW hanya mengerjakan sekali sahaja ibadah haji dan empat kali ibadah umrah sepanjang umurnya mengikut catatan sejarah.

5. Kematian Syeikhul Islam, Ibnu Taimiyah

Nama lengkap Ibnu Taimiyah ialah Taqiyuddin Abdul Abbas Ahmad bin Abdul Salam bin Abdullah bin Muhammad bin Taimiyah Al-Harrani Al-Hambali. Beliau dilahirkan pada hari Isnin, 10 Rabiulawal 66l Hijrah bersamaan 22 Januari 1263 Masihi di Harran. Beliau adalah seorang yang amat berjasa dalam melaksanakan dasar "pembersihan" dalam Islam.

Apabila umat Islam sudah mula menyimpang dan mencampur adukkan unsur-unsur bid'ah dan khurafat dalam ajaran Islam pada zamannya maka beliau tampil berusaha mengembalikan mereka ke landasan Islam yang sebenarnya. Beliau juga meninggalkan ratusan buah kitab karangannya yang menjadi rujukan sehingga sekarang.

Karangan terbesarnya ialah Fatawa Ibnu Taimiyyah yang menjadi rujukan ahli fiqh dan hukum sehingga ke hari ini. Beliau meninggal dunia hari Isnin, 20 Zulkaedah 728 Hijrah, dalam usia 67 tahun, setelah sakit dalam penjara lebih dari 20 hari. Beliau menghembuskan nafas yang terakhir di atas tikar solatnya, sedang dalam keadaan membaca Al-Quran. Walaupun beliau juga seorang yang banyak dibenci orang kerana pendirian tegasnya, tetapi jenazah beliau diiringkan ke pusara oleh 200,000 orang lelaki dan 15,000 orang wanita.

Jika anda ada ragu-ragu. Bolehlah ke link dibawah ini untuk membaca kisah Nabi-nabi Allah S.W.T. yang dicintai.. => http://www.harmoni-my.org/arkib/kisahnabi/

Khasiat - Untuk Yang Dah Berkawin Saja Tau! (18SX)

Khasiat - Untuk Yang Dah Berkawin Saja Tau! (18SX)




Khasiat - Untuk yang dah berkawin saja tau......
ORANG POMPUAN WAJIB BACA
P/S: Ada sebabnya Nabi SAW menggalakkan ummatnya berkahwin...:-))

Seks adalah Multivitamin?

Bila Anda enggan melakukan hubungan seks kerana sedang sakit kepala, maka segeralah mencari alasan lain yang lebih masuk akal. Perlu diketahui bahawa melakukan hubungan seks itu justru boleh menghilangkan sakit kepala.

Tidak percaya? Mari semak beberapa penjelasan ilmiah di bawah ini. Mari kita berbicara sedikit ilmiah bagaimana Seks boleh menghilangkan sakit kepala.

Sesaat setelah orgasme, otak akan memerintahkan tubuh untuk mengeluarkan hormon pembunuh rasa sakit. Hormon itu adalah hormon yang bekerja dan memiliki efek seperti morfin. Secara awam mungkin boleh diartikan bahwa semakin banyak orgasme, maka semakin banyak "obat sakit kepala" yang dikeluarkan.

Hubungan seks juga boleh membuat Anda lebih peka. Daya cium Anda akan meningkat seiring frekuensi hubungan seks. Perlu diketahui bahwa saraf-saraf penciuman dalam hidung, akan dipacu bekerja ganda ketika Anda sedang bergairah. Hal ini terjadi kerana aliran darah menuju ke hidung meningkat.

Bukan rahasia lagi apabila melakukan hubungan seks secara rutin terbukti dapat meningkatkan kualitas kesehatan Anda. Dalam Secret of the Superyoung, penulis yang juga Ahli Saraf di Royal Edinburgh Hospital,
David Weeks,mengatakan bahwa melakukan hubungan seks dalam porsi cukup, boleh membuat anda tampil 10 tahun lebih muda.

Oh ya, seks juga mujarab sebagai ubat stres. Bila merasa tegang, maka seks boleh membantu Anda menjadi lebih rileks dan mengurangi beban akibat rutin kerja seharian. Selama melakukan hubungan seks, tubuh akan mengeluarkan endorphin, yakni hormon yang boleh menciptakan perasaan enak dalam otak.

Perlu diketahui pula, berdasarkan sebuah penelitian, melakukan seks secara teratur ternyata boleh meningkatkan sistem kekebalan tubuh sampai 30%. Hubungan seks menghasilkan hormon melatonin, yang baik untuk melawan bakteria dalam darah, menghindari efek-efek penuaan dan memberi efek mengantuk. Dengan demikian, Anda boleh terhindar dari penyakit flu dan masuk angin tanpa harus tergantung pada obat dan jamu-jamuan.

Dengan takdir Tuhan, Anda boleh panjang umur berkat hubungan seks. Percaya atau tidak, setelah melakukan study lebih dari 10 tahun di negara bahagian Welsh, Inggris, Profesor dari Bristol University, Shah Ebrahim, mengatakan bahwa seks dapat mengurangi risiko terkena serangan jantung atau stroke. Menurut Embarhim, melakukan hubungan seks itu lebih sehat daripada jogging.

Dengan melakukan seks sebanyak tiga kali seminggu, berarti Anda memperoleh ekstra pembakaran kalori hingga 8000 kalori per tahun. Bila tubuh melakukan pembakaran kalori yang mendekati sempurna ini, Anda akan merasa lebih sehat dan bahagia.

Mungkin Anda belum mengetahui bahwa setiap 100 kali orgasme, berarti anda terhindar dari kematian premature hingga 36% kerana darah boleh menembus daerah-daerah "mati" ketika malakukan seks, sehingga daerah-daerah itu boleh diperbarui. Dengan melakukan hubungan seks, berarti Anda merangsang regenerasi sel-sel dalam tubuh Anda sendiri.

Namun yang paling utama dan penting dari itu semua adalah, semakin sering melakukan hubungan seks, maka Anda akan semakin romantis. Hormon oxytocin yang dikeluarkan setiap kali orgasme, boleh meningkatkan daya romantisme, seperti selalu ingin memeluk dan mencium, atau sebaliknya.

Dengan demikian, hubungan cinta Anda boleh dikatakan relatif aman damai.

Amboi, bab-bab camni khusyuk betoi korang baca ek? hahahahaha.. Dah gi buat kerja..... grr... =p



Erti Kemerdekaan - Ustaz Azhar Idrus

Erti Kemerdekaan - Ustaz Azhar Idrus


Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.



Pemanasan Global

Pemanasan Global

Klik Gambar Untuk ZOOM

Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.

Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an. Kajian mendapati iklim panas melampau di Perancis, iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost" (lapisan tanah yang kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik. Ahli sains meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099. Litupan ais Greenlanddan Antartika Barat akan mencair . Paras laut akan meningkat kira-kira 7 meter secara mendadak.

Faktor Pemanasan Global

Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca (IPCC) ditubuhkan pada 1988 oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia serta Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kegiatan terasnya adalah menyemak dan menilai maklumat saintifik, teknikal dan sosio-ekonomi yang terkini. Saintis alam sekitar telah ditempatkan dipelbagai lokasi strategik dan mengumpulkan laporan ilkim dan cuaca seluruh dunia secara sistermatik. Dapatan daripada kajian ini amat memeranjatkan terutama berhubung tentang faktor pemanasan global dan kesan jangka pendek dan panjang daripadanya.
  • Laporan 1 (1990) dan Laporan 2 (1995) IPCC menunjukkan banyak ketidakpastian iklim dunia dan bersifat negatif . Pemanasan global ini akan menjejaskan manusia atau tamadunnya.
  • Laporan ketiga (2001) berkisar kepada "Menangani Perubahan Iklim.
  • Laporan Penilaian Keempat tentang (Perubahan Iklim 2007) .

Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18. . Perubahan penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida. Kesan rumah hijau lebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak, tanpa dapat dibendung lagi.

Pelepasan Karbon Dioksida

Impak pelepasan karbon dioksida tidak difahami ramai kerana gas tersebut tidak berbau dan bukan toksik.Konsentrasi karbon dioksida di atmosfera telah meningkat daripada kira-kira 280 bahagian sejuta (ppm) dicatat di kurun ke-18 (sebelum era revolusi perindustrian) kepada 379 ppm pada tahun 2005.

Menjelang 2099 kadarnya meningkat kepada 700 ppm jika cara hidup sekarang berterusan. Secara bandingan , planet lain seperti Marikh, suhunya kira-kira 400 darjah celcius dan 90 peratus daripada atmosferanya adalah karbon dioksida. Hampir tiada kehidupan di Marikh dan bumi akan menjadi seperti itu.

IPCC mendesak seluruh kerajaan dan penduduk dunia menstabilkan tahap karbon dioksida di atmosfera kepada paras yang boleh diuruskan iaitu 450 ppm. Bagi menghapuskan kepekatan karbon dioksida di dalam atmosfera, ia mengambil masa antara 200 atau 300 tahun . Walau apapun tindakan pemulihan dilakukan , untuk kembali pulih amat sedikit.

Mulai abad ke-18 majoriti warga dunia menggunakan bahan bakar fosil daripada sumber asas air atau kayu . Dunia ada banyak alternatif tetapi kita tidak menggunakannya secara bijak , berkesan dan menyeluruh. Kita terlalu bergantung kepada bahan bakar fosil. Negara membangun seperti India dan China tidak setuju dengan pengurangan pengggunaan bahan bakar fosil. 2 bilion penduduk di India dan China menggunakan bahan bakar fosil secara keterlaluan.

Kesan Pemanasan Global Di Malaysia

Sumber ekosistem yang ada telah digunakan ke paras maksimum dengan penangkapan ikan berlebihan dan pemupusan kawasan besar hutan. Enam bilion penduduk dunia kini menggunakan sumber asli bumi secara berlebihan dan tidak terkawal . Jika pemanasan global berterusan , manusia dan tamdunnya akan pupus sebagaimana pupusnya dinosaur.

Ramalan saintis menunjukkan peningkatan 7.0 meter paras laut, kawasan rendah seperti Kuala Muda (Kedah) dan Kelantan akan ditenggelami air. Keadaan monsun akan bertukar sama sekali kerana kita akan menerima lebih banyak hujan sewaktu monsun timur laut, yang bermakna lebih banyak kejadian banjir.

Kesedaran rakyat Malaysia dan amnya masyarakat dunia sukar ditingkatkan. Hanya 3 /10 rakyat Malaysia yang prihatin kepada isu-isu alam sekitar. Kejadian gempa bumi 26 Disember 2004 dan banjir besar di Johor adalah pengajaran terbaik. Mendidik bukanlah untuk membuat mereka cemas tetapi meminta mereka bertindak secara betul dan tepat.

Tenaga Alternatif


Tenaga alternatif seperti tenaga nuklear dan suria sebagai alternatif yang berdaya maju. Malaysia perlu meneroka dan mempelajari sendiri tenaga nuklear sebagaimana Korea danJepun. Malaysia menerima 300 hingga 400 watt satu meter persegi cahaya matahari.


Kelebihan Kota Mekah

Kelebihan Kota Mekah


ALHAMDULILLAH acara ibadat haji dan musim haji telah bermula dengan masuknya Syawal dan para jemaah sibuk dengan persiapan terakhir sebelum berangkat menuju ke rumah Allah.

Untuk isu kali ini, penulis diamanahkan untuk membincangkan tentang kelebihan Mekah. Bagi memahami isu ini, penulis membincangkan melalui beberapa noktah agar mudah difahami.

Nama :-

Kota Mekah mempunyai banyak nama. Ini menandakan lebihnya Kota Mekah terutamanya apabila gelaran yang melambangkan kebaikan dan kehebatan diberikan kepadanya.

Mekah ertinya membinasakan atau mengurangkan. Dinamakan Mekah kepada Tanah Haram Mekah seluruhnya, kerana Mekah mengurang dan menghapuskan dosa orang yang datang kepadanya atau membinasakan orang yang melakukan kezaliman di Mekah atau kerana Mekah menghapuskan pemerintah yang zalim dan menundukkan kesombongan mereka.

Seperkara lagi nama kota ini dirakamkan dalam nas al-Quran dan hadis dan sudah pasti ia akan diabadikan di sepanjang zaman kehidupan manusia.

Sejarah :-

Kota Mekah mempunyai sejarah yang cukup istimewa, antaranya ia merupakan sejarah rumah Allah yang pertama didirikan untuk manusia. Sejarah kehidupan Hajar dan Ismail sebagai manusia yang membuat pembaharuan semula bagi Kota Mekah amatlah unik. Seterusnya catatan kehebatan Mekah berlangsung daripada generasi terdahulu hingga kini.

 Karamah :-

 Penulis maksudkan dengan kemuliaan yang Allah wujudkan pada Kota Mekah, sama ada dinaskan dalam al-Quran dan hadis. Hal ini jelas dengan rakaman firman Allah SWT berkenaan Ashabul Fil. (rujuk al-Fil: 1-5)

Tawaran pahala.

 Terlalu banyak tawaran pahalanya dan digandakan berbanding tempat lain. Ini terbukti dengan banyak nas seperti solat di Masjidil Haram di beri ganjaran 100,000 berbanding masjid lain. Begitu juga dengan pahala tawaf, umrah, hatta melihat Kaabah.

Oleh itu, semestinya jemaah haji tidak melepaskan peluang melakukan ibadat dengan sebaik mungkin dan sebanyak mungkin.

Keistimewaan Mekah

Telaga Zam Zam di mana airnya adalah antara yang terberkat di muka bumi. Mempunyai pelbagai kelebihan dan mengikut niat seseorang yang meminumnya akan diberikan dengan izin Allah. Hal ini dinaskan dalam hadis. Wujudnya tempat-tempat yang ada nilai berbanding dengan yang lain seperti Makam Ibrahim, Hijr Ismail, Hajar Aswad, Multazam dan lain-lain.

Mekah sebagai Tanah Haram. 

Dalam sebuah riwayat Muslim, menyebut Rasulullah SAW bersabda: Daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda pada hari pembukaan Kota Mekah: Sesungguhnya Negeri Mekah ini dijadikan Allah SWT sebagai Tanah Haram ketika Dia menciptakan langit dan bumi. Mekah ialah tanah haram dengan pengharaman daripada Allah sehingga ke hari kiamat. Tidak dibenarkan berperang di Mekah kepada sesiapa pun sebelumku, dan tidak dibenarkan kepadaku kecuali beberapa masa sahaja (pada hari pembukaan Kota Mekah tahun ke 8 Hijrah).

Mekah ialah Tanah Haram dengan pengharaman daripada Allah sehingga ke hari kiamat. Tidak boleh memotong pohon, tidak boleh menangkap binatang pemburuan (yang hidup bebas), tidak boleh mengambil barangan yang tercicir kecuali mereka yang mahu mengumumkannya kepada orang ramai dan tidak boleh mengerat rumput di Mekah. Kata al-Abbas( bapa saudara Rasulullah): "Kecuali Izkhir (sejenis tumbuhan yang harum baunya) untuk dibuat bahan bakar kepada tukang besi dan dibuat atap rumah. Jawab Rasulullah SAW: "Kecuali Izkhir.

Tidak dimasuki Dajjal. 

Hal ini berdasarkan hadis dalam Sahih Bukhari Rasulullah SAW bersabda: Semua negeri akan dimasuki oleh Dajjal kecuali Mekah dan Madinah, semua jalan masuk dikawal oleh para malaikat yang berbaris-baris, kemudian Madinah akan bergoncang sebanyak tiga kali. Dan Allah SWT akan mengeluarkan semua orang kafir dan munafik darinya.

Mendapat keamanan. 

Ini kerana telah diisytiharkan Allah SWT. Al-Maghari berkata seluruh bangsa Arab sepakat untuk menghormati dan memuliakan Baitullah ini. Sesiapa yang masuk ke dalamnya pasti berasa aman daripada gangguan penganiayaan orang lain, pembunuhan atau pelanggaran kehormatannya, selama mereka berada di dalamnya. Amalan kebiasaan ini telah berjalan sejak zaman jahiliah.

Melakukan ibadah sunat sepanjang masa. 

Walaupun ia tidak disepakati oleh para ulama tetapi mengikut mazhab Syafie dan Hambali ia boleh dilakukan solat sunat dan tawaf pada bila-bila masa. Tetapi mengikut mazhab Hanafi dan Malik hukum Mekah sama seperti tempat lain tanpa bezanya ini berdasarkan kepada perbuatan Saidina Umar.

Kaabah. 

Ia adalah Baitullullah al-Haram dan kiblat umat Islam. Berkenaan dengan kelebihannya tiada syaknya lagi berdasarkan nas al-Quran yang bermaksud:Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangunkan untuk manusia ialah Baitullah sebagai tempat ibadat yang berada di Bakkah (Mekah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua manusia.

Penulis suka menyatakan bahawa Allah SWT menjadikan hati-hati manusia merinduinya dan mewajibkan ke atas hamba-hambanya yang mampu agar mengunjunginya dengan dijanjikan pahala yang berganda-ganda, juga memberi amaran daripada melakukan kejahatan ketika berada di dalamnya.

Allah SWT telah menyebutnya dalam al-Quran, Rasulullah SAW seringkali menyebutnya dalam hadis serta para ulama dan ahli sejarah telah banyak menulis mengenai sejarah Mekah yang tua ini. Amin.

Artikel Oleh :
DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI 
Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM)


Jalan Mati

Jalan Mati

Jalan mati di Sacramento, California.

Jalan mati merupakan jalan raya yang hanya ada satu jalan keluar masuk pada salah satu hujungnya manakala hujung satu lagi pula tidak bersambung dengan mana-mana jalan lain. Sementara ia digunakan atas pelbagai tujuan pada masa lampau, salah satu kegunaan moden jalan mati ialah peredaan lalu lintas.

Fungsi
Dalam perancangan bandar, jalan mati dibina bagi mengehadkan lalu lintas di kawasan kediaman. Sementara sesetengah jalan mati menyediakan hanya satu jalan keluar masuk, sesetengah jalan mati lain pula membenarkan penunggang basikal, pejalan kaki atau lalu lintas bukan automotif keluar masuk melalui lorong atau denai penghubung. Rekaan jalan mati ini berupaya mengurangkan kesesakan jalan raya dengan hanya membenarkan pemilik kediaman yang dilaluinya atau pelawatnya untuk melalui jalan mati tersebut tanpa perlu bercampur dengan lalu lintas lain.

Jalan mati juga turut memudahkan kawalan keselamatan di kawasan kediaman, berikutan terdapat hanya satu jalan keluar masuk ke kawasan kediaman terlibat.


Bahaya Tidur Dalam Keadaan Lampu Bernyala

Bahaya Tidur Dalam Keadaan Lampu Bernyala


Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko mengidap leukemia. Para ilmuwan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalanan dan sebagainya dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin.

Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.

Prof. Russel Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut mengatakan “Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin menurun”.

Jumlah anak-anak yang mengidap leukimia meningkat dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda dibawah 15 tahun didiagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal.

Sebuah persidangan berkaitan tentang anak penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu lama memasang lampu waktu tidur di malam hari berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.

Hal ini menekan penghasilan melatonin di mana secara normalnya terjadi antara jam 9 malam s/d jam 8 pagi. Penelitian terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja shif yang memiliki risiko terkena kanser payudara.

Pada kenyataannya, Orang-orang buta tidak terdedah terhadap melatonin dan memiliki risiko yang lebih rendah untuk mengidap kanser. Maka para ibu bapa disarankan untuk menggunakan lampu tidur yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.

Maha suci Allah yang menciptakan malam dan siang di mana waktu malam itu dijadikanNya gelap gelita supaya hamba-hambaNya dapat merehatkan tubuh badan yang penat bekerja di siang hari. Begitulah fitrah kejadian manusia di mana Allah Maha Mengetahui apa keperluan hamba-hambaNya kerana Dialah yang menciptakan kita semua. Maka nikmat TuhanMu yang mana engkau dustakan. Wallahua’lam...


Jenis-jenis Phobia

Jenis-jenis Phobia

Phobia. Apa itu phobia? Mengikut apa yang wa copy paste dari wikipedia, phobia adalah ketakutan yang berterusan terhadap sesebuah objek atau sesebuah situasi.

Jom kita usha 25 jenis phobia. Fuh!! Nasib baik wa tak ade phobia Venustraphobia. Kalau tak, rugi wa jadi lelaki hensem. Wakakaka.. ^_^




Majalah Mangga Kini Difatwakan Haram

Majalah Mangga Kini Difatwakan Haram


Pihak Jabatan Mufti Kedah Darul Aman kini telah memfatwakan bahawa majalah hiburan Mangga terbitan Utusan Karya adalah haram dibaca dan dilihat.

Menurut Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman, melalui Cabutan Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bertarikh 29 Mei 2012 menjelaskan bahawa:

“Mana-mana penerbitan yang mempamerkan wanita-wanita ataupun lelaki yang mendedahkan aurat hukumnya adalah haram kerana bertentangan dengan kehendak syariat. Oleh itu, dicadangkan supaya Bahagian Kawalan Penerbitan, Kementerian dalam Negeri (KDN) menangani isu ini dengan lebih efektif.”